PENGENALAN


Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Pauh Sembilan dan perkongsian ilmu. Semoga Pusat Sumber SK Pauh Sembilan terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Visi  Sekolah
Menjadikan SK Pauh Sembilan
Sekolah Unggul dan Berprestasi Tinggi Menjana Generasi Gemilang Tahun 2015

Misi Sekolah

·         Pengurusan Sekolah Yang Berkesan.
·         Pengurusan Akademik Dan Kokurikulum Yang Berkualiti.
·         Pembangunan Insan Yang Seimbang.
·         Pengurusan Berasaskan Teknologi Maklumat.
·         Persekitaran  Sekolah Yang Kondusif, Ceria dan Selamat.

Visi PSS

Menyediakan suatu tempat pengajaran dan pembelajaran yang selesa, ceria dan kondusif dengan koleksi bahan-bahan dan perkhidmatan pendidikan serta sebagai agen perubahan ke arah warga sekolah yang berilmu.

Misi PSS

Penggunaan yang seoptimum mungkin dari warga sekolah serta dapat manafaatkan koleksi bahan dan  perkhidmatan yang ada dengan sebaiknya serta  menjadikan warga sekolah ini satu warga berilmu,  berpengetahuan dan berbudaya membaca.

Piagam Pelanggan

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan  beriltizam akan bertugas dengan penuh dedikasi untuk :-

·                    Perkhidmatan yang selesa
·                    Pengguna yang praktikal
·                    Layanan mesra
·                    Kemudahan yang memuaskan
·                    Kejayaan untuk semua

Matlamat PSS

Pihak yang bertanggungjawab terhadap pembangunan PSS akan berusaha melakukan pelbagai inisiatif yang  relevan dengan hasrat mencapai matlamat seperti berikut :-

  • Mempertingkatkan mutu pendidikan sekolah.
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan Negara, bangsa dan agama.
  • Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri supaya dapat memainkan peranan yang positif apabila mereka tamat persekolahan dan berada di pangkuan masyarakat.

Objektif PSS

Antara objektif utama Pusat Sumber Sekolah ialah :

·         Membentuk sebuah Pusat Sumber Sekolah yang mampu menjadi pemacu  kepada kecemerlangan Pendidikan dalam konteks cabaran mendatang
·         Meningkatkan mutu pengajaran-pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah pelajar
·         Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagaqi kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional
·         Pemupukan tabiat belajar berorientasikan input dan bahan pendidikan terkini
·         Membangunkan budaya belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis
·         Penghasilan bahan-bahan variasi sumber
·         Membantu pelajar dan guru menghasilkan, menilai dan menggunakan pelbagai peralatan dan bahan pengajaran & pembelajaran
·         Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza dalam kalangan pelajar
·         Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran
·         Menjadikan pengendalian PSS lebih mantap, terancang dan berkesan 
·         Meningkatkan peranan dan fungsi PSS sebagi nadi aktiviti akademik di sekolah

Tahukah anda 90% masalah kesihatan berpunca dari TOKSIN

No comments:

Post a Comment